| Rawatan 2 |
Selepas sebelas hari dari proses penyediaan, terdapat kesan haba pada kompos Bokashi yang dihasilkan di mana ia menjadi panas. Keadaan ini menunjukkan terdapatnya saling tindak balas di antara mikrorganisma berfaedah dalam produk BioSense iaitu BioActive dengan ’molasses’. Kompos Bokashi yang terhasil juga tidak berbau. Bokashi adalah perkataan Jepun yang bermaksud ’fermented’ atau bahan yang telah diperam. Penghasilan kompos dengan menggunakan mikroorganisma berfaedah dalam BioActive melibatkan proses pemeraman dan bukannya proses pembusukan sepertimana yang biasa berlaku pada bahan-bahan organik yang mereput. Kompos Bokashi yang terhasil telah dijadikan medium untuk menanam 20 tanaman hiasan dan menggantikan tanah gambut yang biasanya digunakan di nurseri Taman Wetland sebagai komponen bahan organik pada campuran media 3:2:1 (’topsoil’: kompos Bokashi: pasir). Ini ditunjukkan dalam Rawatan 3. Penggunaan semula sisa tanaman dalam kompos telah membantu mengurangkan kuantiti sisa tanaman yang disimpan di bangsal pengkomposan di Taman Wetland. Sampel kompos Bokashi telah dihantar ke Makmal Sains Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia untuk menganalisa nilai pH dan nisbah C:N.
|
Powered by Joomla!. Designed by: free Joomla 1.5 template moodle hosting Valid XHTML and CSS.