company logo

Home Testimonies
Rawatan 1
RAWATAN 1 Penggunaan produk BioSense untuk tanaman hiasan di nurseri Taman Wetland, Putrajaya.
TEMPOH 1 Bulan (22 Disember 2008-17 Januari 2008)
JADUAL 1 Aplikasi Produk Untuk Rawatan 1
TANAMAN DI RAWAT
  • Bambusa vulgaris (Buluh)
  • Cordyline fruticosa (Jenjuang)
  • Coleus blumei (Ati-ati)
  • Hibiscus sp. (Bunga raya)
  • Bougainvilla sp. (Bunga kertas)
  • Dendrobium sp. (Orkid)
  • Rosa cultivars (Ros)
  • Tagetes erecta (Marigold)
  • Vinca minor (Vinca)
  • Musaenda sp. (Musaenda)
  • Pisonia grandis (Pisonia)

 

PRODUK YANG DIGUNAKAN APLIKASI KEKERAPAN
BIOSOIL Aplikasi sebanyak 100g per pokok bagi tanaman berpasu di nurseri dan di hadapan bangunan pejabat. Aplikasi sebanyak 200g per pokok bagi tanaman atas batas di sebelah bangunan pejabat Sebulan sekali
BIOACTIVE Sembur BioActive dengan kadar pencairan 1:1000
(1 bahagian BioActive:1000 bahagian air tanpa klorin) pada keseluruhan pokok
Aplikasi sekali seminggu pada peringat permulaan dan 2 minggu sekali setelah 2-3 bulan penanaman)
BIOGUARD Sembur BioGuard dengan kadar pencairan 1:1000
(1 bahagian BioGuard:1000 bahagian air tanpa klorin) pada keseluruhan pokok
Aplikasi sekali seminggu pada peringat permulaan dan 2 minggu sekali setelah 2-3 bulan penanaman)


Pada minggu kedua, bertarikh 31 Disember 2008, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut telah diambil. Antaranya ialah:

MASALAH CARA MENGATASI
Jangkitan kulat berwarna putih pada batang pokok Hibiscus sp. (Bunga raya) sama seperti minggu pertama
Meningkatkan penggunaan BioGuard dengan aplikasi 2 kali seminggu

Vinca minor (Vinca).

  • Terdapat dahan yang mati dan 1 pokok menjadi layu.

Bougainvilla sp.( Bunga kertas).

  • Terdapat tompok-tompok bewarna coklat pada bahagian daun sama seperti minggu pertama. Pokok kering dan terdapat dahan yang mati (1 pokok)

Musaenda sp.

  • Terdapat kulat bewarna putih dan coklat pada batang dan daun layu

Hibiscus tilaceus (Bunga raya).

  • Daun berlubang
Meningkatkan penggunaan BioGuard dengan aplikasi 2 kali seminggu
Melakukan proses penyelenggaraan dari segi:
  • Cantasan dahan-dahan rosak
  • Menggemburkan tanah untuk memperbaiki sistem pengudaraan tanah dan memberikan persekitaran yang baik pada akar
  • Pengairan yang teratur dan mencukupi mengikut keperluan pokok
 


Powered by Joomla!. Designed by: free Joomla 1.5 template moodle hosting Valid XHTML and CSS.