Habuk kayu getah, dedak dan kapur digaul mengikut
sukatan 100 : 10 : 1 menggunakan mesin pembancuh. Campuran digauldengan rata. Sedikit larutan BioGold yang
telah dicairkan mengikut kadar yang disyorkan (1L : 200L) dimasukan bagi
mendapatkan kelembapan antara 30%-40%.
Gaul sehingga habuk
kayu boleh dikepal dan tidak berderai.
Penyediaan Bungkah
Formula :
Habuk kayu:100 kg
Dedak :10 kg
Kapur:1 kg
BioGold
: Air Tanpa klorin:1L : 200L
2. Proses Pensterilan
1. Dilakukan semasa penyediaan bungkah menggunakan
BioGold. Ini bertujuan untuk rawatan bungkah cendawan sebelum digunakan dan
tidak perlu dikukus.
2.Bongkah dibiarkan selama sehari (24 jam) agar larutan BioGold dapat
bertindak balas dengan media.
3.
Penyuntikan benih
Proses penyuntikan dilakukan selepas bungkah
dibiarkan sehari daripada aktiviti penyediaan bungkah. Penyuntikan benih
cendawan haruslah dilakukan dalam bilik TERTUTUP dan BERSIH.
•Setiap bongkah memerlukan 10% berat benih.
•Benih perlu di leraikan bagi memudahkan
pengisian benih didalam bongkah.
•Dilaksanakan ditempat yang terkawal bagi
mengelakkan pencemaran.
•Bongkah yang telah disuntik diletakkan diatas
rak-rak kayu ( Tempat pemeraman )
4.
Pengeraman
Bungkah cendawan perlu diperam selama 2 bulan
untuk pertumbuhan mesilium dengan sekata dalam bungkah cendawan.
5.
Pengeluaran Hasil
Hasil pertama boleh mula dikutip setelah 45-60
hari pengeraman. Tutup cendawan akan dibuka pada hari ke 40 dan mengeluarkan
hasil 5 hari kemudian. Bagi memastikan pengeluaran hasil yang berkualiti dan
optimum, suhu dan kelembapan rumah cendawan sentiasa dijaga rapi.
Penyiram perlu
dibuat 1-2 kali sehari bergantung pada cuaca.
Penggunaan BioSense
dapat membantu mengurangkan kerosakkan bongkah di samping meningkatkan kualiti
cendawan.
Kelembapan boleh
dikekalkandengan membuat semburan ke ruang udara.
Ia perlu
dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kerosakan kepada miselium dan cendawan
muda yang sedang tumbuh.
Memastikan
sistem pengudaran yang baik.
Ia dituai
bersama akar dan akarnya perlu dibuang sebelum kerja-kerja pembungkusan.
Anggaran hasil
300gm / bongkah untuk empat pusingan.
Cendawan yang
menggunakan produk BioSense lebih tahan lama.
No.
Masa (Hari)
Perkara
AKTIVITI DI RUMAH PENYEDIAAN BUNGKAH CENDAWAN
1.
1-2
Penyediaan Bungkah cendawan menggunakan BioGold 1:200
2.
2-3
Pemindahan anak benih cendawan ke
dalam bungkah. Bungkah-bungkah ditutup rapat dan dipindahkan ke rumah
pengkulturan cendawan.
AKTIVITI DI RUMAH PENGKULTURAN CENDAWAN
3.
1-60
Anak benih cendawan akan memenuhi
segenap ruang bungkah. Ianya berwarna putih. Lendir berwarna kuning pada
badan bungkah akan kelihatan menandakan anak benih sudah cukup matang.
Bungkah-bungkah cendawan ini dipindahkan ke rumah penuaian cendawan.
*Semburan BioActive dengan kadar
1:1000 dilakukan pada seluruh luar bungkah cendawan, lantai, dan dinding
dalam dan luar rumah cendawan setiap hari, pagi dan petang kecuali pada hari
hujan.
*Semburan BioGuard dengan kadar
1:1000 dilakukan pada seluruh bungkah cendawan, lantai, dinding dalam dan
luar rumah cendawan setiap 3-4 hari, pagi dan petang kecuali pada hari hujan.
Sewaktu aktiviti semburan BioGuard, semburan BioActive tidak perlu dilakukan.
AKTIVITI DI RUMAH PENUAIAN CENDAWAN
4.
1
Permukaan bungkah dibuka dan cendawan pertama mula
keluar
5.
2
Selepas 24 jam, cendawan boleh
mula dipungut. Cendawan dipungut di peringkat ia berkembang tetapi sebelum
bahagian tepi keliling tudungnya menjadi berombak dan pecah.
*Semburan BioActive dengan kadar
1:1000 dilakukan pada seluruh permukaan bungkah cendawan yang sudah
dibersihkan sebelum ditutup semula
6.
2-12
Bungkah cendawan direhatkan 10
hari sebelum dibuka semula untuk pungutan hasil berikutnya
7.
13
Permukaan bungkah dibuka dan cendawan kedua mula
keluar
8.
14
Selepas 24 jam, cendawan boleh
dipungut. Cendawan dipungut pada peringkat ia berkembang tetapi sebelum
bahagian tepi keliling tudungnya menjadi berombak dan pecah.
*Semburan BioActive dengan kadar
1:1000 dilakukan pada seluruh permukaan bungkah cendawan yang sudah
dibersihkan sebelum ditutup semula
9.
14-24
Bungkah cendawan direhatkan 10
hari sebelum dibuka semula untuk pungutan hasil berikutnya.
*Selagi bahagian dalam bungkah
tidak rosak atau diserang penyakit, aktiviti penuaian boleh diteruskan.
*Beg-beg cendawan yang hendak dibuang
boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur sekeliling pokok sebagai baja organan
atau dikitar semula menjadi kompos.