Logo
Safe & Save

 
Saksikan kami di Program Kitar Semula Sisa Dapur di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3.  Pada hari Rabu 28hb Oktober 2009, Jam 8.00 pagi.
Laman Utama      Produk      BioActive
BioActive
Photobucket
BioActive atau lebih dikenali sebagai Activated Solution adalah kultur campuran berbagai mikroorganisma bermanfaat yang dapat digunakan sebagai inokulan untuk meningkatkan kegunaan mikrob tanah. BioActive tidak mengandungi mikroorganisma yang secara genetic telah dimodifikasi. BioActive terhasil daripada kultur campuran pelbagai spesis mikrob yang terdapat secara semulajadi. BioActive tidak bertindak sebagai racun serangga. BioActive adalah inokulum mikrob yang berfungsi sebagai alat kawalan biologi dalam mengawal serangga dan penyakit dengan cara memasukan organisma bermanfaat ke pada persekitaran tanaman. Dengan cara ini pertumbuhan penyakit dan serangga dapat dikawal secara biologi.

Pencairan BioActive

1 Liter BioActive dicampurkan dengan 1000 Liter air yang boleh menghasilkan 1000 Liter BioActive.

0.001 L BioActive = 1 Liter air

0.01 L BioActive = 10 Liter air

0.1 L BioActive = 100 Liter air

1 L BioActive = 1000 Liter air

Air yang hendak digunakan untuk pencairan BioActive mestilah air yang tidak mengandungi klorin.Air yang boleh digunakan contohnya seperti air sungai, air hujan, air perigi dll.

Antara kegunaan BioActive ini adalah untuk:-

· Bidang Pertanian

·Bidang Penternakan

Aplikasi BioActive

Dikultur dalam medium cecair berwarna coklat kekuningan, bau masam manis. Dalam medium ini BioActive dalam keadaan rehat. Sewaktu aplikasi semburan kepada tanaman dan tanah, BioActive terus bertindakbalas dengan bahan organik dan aktiviti fermentasi berlaku. Hasil fermentasi bahan organik tesebut akan meghasilkan ion-ion yang mampu diserap oleh tanaman contohnya selulosa, asid amino, protein, karbihidrat, vitamin dan ion-ion lain.

Aplikasi bahan organik tanpa rawatan dengan BioActive boleh mengakibatkan peningkatan pathogen jahat yang boleh mengganggu sistem biologi tanaman.Proses pembusukan juga akan berlaku menunjukan terhasilnya gas-gas berbahaya yang mungkin beracun dan boleh mengganggu pertumbuhan akar tanaman.

Aplikasi BioActive mampu merangsang pertumbuhan perkembangan microorganisms lain yang bermanfaat kepada tanaman seperti bacteria pengikat nitrogen, bacteria pelarut fosfat, dan mikrrohiza. Mokrrohiza membantu tumbuhan menyerap fosfat dikelilingnya. Ion fosfat yang sukar bergerak menyebabkan kekurangan fosfat. Dengan Teknologi EM, hifa Mikorrhiza dapat bergerak dengan meluas dan membawa kepada fosfat secara tidak langsung.



Program & Events
Demo BioKitchen Compost & Program Penghijauan Surau Selat Melaka
Tarikh: 22 Nov 2009
Tempat: Surau Selat Melaka, Taman Padang Temu, Melaka
 
Program BioKitchen Compost di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3.
Tarikh: 28 Okt 2009
 
Karnival Industri Landskap Malaysia 2009
Tarikh: March 2010
Tempat: Taman Tasik Cempaka,
                Bdr. Baru Bangi
 
Ceramah dan Demonstrasi
Sempena Festival Bunga Dan Taman (Floria 2009)
Tarikh: 1/8/2009, 4/8/2009 & 8/8/2009
Tempat:  Taman Ornamental
                 Tapak Floria Presint 2, Putrajaya
 
Lawatan dan perbincangan tentang penggunaan produk BioSense.
Tarikh: 30 March - 1 April 2009
Agensi: Sarawak Forestry
               PPK Kuching
               DBKU
 
Demonstrasi produk BioSense dan Aplikasi 
Tarikh: 27 March 2009
Tempat: Dataran Masjid Putrajaya, Putrajaya
 
  
 

 


All content copyright © Heritage Biotech (M) sdn bhd 2008